Love of My Life

Love of My Life
My Princesses and Princes

Wednesday, November 30, 2011

Almond Butter Cake

Asalamualaikum....lama x update blog...sibuk la sangat saya ni...pindah office ...25th November saya `CHECK OUT' from our office (COE KL) in Puchong ...5,6 yrs kat sana...hmm sedih...tinggalkan kawan kawan kat sana...And this week I started kerja kat our new office in Shamelin Heights, Cheras. A new environment and workplace for me....hu hu ... I have mixed feelings about all this.. part of me ok je.. I can't
say `HAPPY' becoz I'm NOT! just a OK je...and another part...I still want to go back to Puchong but not with the new set-up...our PROUD office `Centre of Excellence'...hu hu ...haa cukup- cukup laa tu layan perasaan ye ...my sister is waiting for this recipe...jom layan...but sorry belum ada gambar..tak de masa nak upload pun....banyak story and gambar lagi nak share sebenarnya....

Got the recipe from here click here (T/kasih Ummi from blog Home Sweet Home)
Nama original pun lain :KEK MARBLE WARNA-WARNI BADAM ROSE NOSTALGIA . I really like this recipe, moist and rich taste ...1st time buat pun dah modified ikut selera saya...hope tuan punya resepi tak marah...and I follow jugak cara Kek Alunan Kasih in this recipe ...jom try cara  nie pulak: refer to purple font for my version.

Bahan-bahan:
250gm mentega(I used Anchor Unsalted)
 5 1/2 oz gula castor( used 130 gm)
 4 biji telur gred B atau 5 biji telur gred C

 1 oz badam kisar (I used  60 gm)
 5 oz tepung naik sendiri( 145 gm)
 2 susu makan susu pekat manis
 2 ts pandan paste  ( original resepi guna 1 1/2 ts esen ros..saya x suka that flavour)

sedikit pewarna hijau
2 ts cocoa powder( this one saya follow cara kek Alunan Kasih)
*1 adunan resepi ni sangat kecil / dan sedikit boleh guna loyang bulat 6 inci/ square 7 inci tapi saya selalunya doublekan resepi ni dan guna kan loyang 9 inci (square) , baru puas makan!!


Cara-cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan susu pekat. Pukul adunan hingga rata.
4. Masukkan badam kisar dan tepung, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian ,2 bahagian tanpa pewarna dan warnakan satu bahagian dgn hijau + pandan paste..
- saya masukkan setiap satu bahagian tadi ke dalam piping bag, sbb lebih mudah nak rata kan dlm loyang nanti..
6. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit mentega dan alaskan dengan kertas kek.
7. Masukkan adunan (tanpa pewarna) yg pertama ke dalam loyang , ratakan, kemudian
 taburkan serbuk koko di atas adunan pertama tadi, saya guna kan penapis teh.
8.Lapisan kedua - masukkan adunan hijau + pandan paste tadi , ratakan perlahan-lahan..elakkan adunan bergaul dgn serbuk koko yg ditabur tadi. Kemudian taburkan baki serbuk koko di atas lapisan hijau pula...tabur rata( saya tambah lagi serbuk koko bila tak cukup nak cover )
9. Akhir sekali masukkan adunan (tanpa pewarna ) yg kedua tadi ke dalam loyang..
 Bakar pada kepanasan 160 deg cel selama 30 minit, kemudian turunkan suhu kepada 150 deg cel dan bakar lagi selama 20-30 minit.( kalau adunan double atau lebih...perlu bakar lebih lama)

--saya tak de gambar baru nak share kat sini ..will update the photo bila saya buat kek ni nanti...I post this resepi today sbb my sister nak buat this cake...So, kak Ngah selamat mencuba ye!!

****18.01.2012 baru nak upload gambar****

Wednesday, September 28, 2011

Kek Lapis Chocolate Papermint Andes

Salam,

2 hari lepas saya ber-eksperiment lagi dengan Kek Lapis..teruja tengok blog brother Rozzanclick here banyak kek lapis...tapi yg ni catch my eye sbb ada chocolate Andes + papermint flavor. Saya mmg suka papermint flavor!! My friends kata flavor ubat gigi! ha ha..


Kalau refer kat original recipe from Abg Rozzan seram tgk ingredients dia ,gula , kaya, horlicks, susu pekat manis 1 tin, Chocolate Andes 2 kotak...fuiii manisnya...so macam biasalaa kita modified sikitttt je utk kurang kan manis...

Resepi kat bawah ni cut and paste from Blog Rozzan (link kat atas) Green font tu saya punya version lah..pandai pandai je tukar ..jangan marah ye abg Rozzan!!;-)

Bahan-Bahan
450 gm mentega I used Anchor Unsalted
1 sudu teh ovalette (optional), I used
180 gm gula halus I used 150gm
10 biji telur (saiz besar)
120 gm serikaya/sekaya
1 tin susu pekat manis I put ½ tin sahaja
120 gm Horlicks
240 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar esen peppermint
secukup pewarna hijau  
2 sudu besar chocolate paste/emulco I used 2tbs Hersheys Cocoa Powder mix with 2 tbs warm water
2 bungkus Chocolate ANDES perisa peppermint

Cara
Pukul mentega, ovalette dan gula dgn high speed sehingga kembang (7 – 8 minit)
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (4-5 minit)
Perlahankan speed mixer dan masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata.
Perlahankan terus speed mixer ke tahap paling rendah dan masukkan tepung HK. Pukul sebentar setakat adunan dah rata. (1-2 minit)

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 

1 bahagian diwarnakan hijau dan dibubuh esen peppermint.
1 bahagian lagi di bahagikan kpd 2 - satu plain dan satu cokelat (dibubuh chocolate paste).

Cara membakar :

Bakarlah 4-5 lapisan pertama berselang-seli di antara adunan plain dan cokelat.
Kemudian, bakarlah lapisan hijau sehingga selesai dgn dibubuh choc ANDES di antara lapisan2 tersebut.


Tak pandai sgt nak melapis...ini lah rupanya...nak guna banyak banyak coloring pun takut..pucat lah jadinya..but I like this cake walaupun rasanya stilllll manisSS!!

September Birthdays

Salam to everyone....

Bulan September banyak birthdays...for my family ...1st Sept - Cik Heidi and my nephew Firdaus, 11th Sept (911) my bday and 18th Sept - my dear Hubby tersayang( kiss kiss)he he .. Tahun depan tambah 1 lagi sbb on 6th Sept kami dapat cucu baru...my niece Dijah gave birth to Nur Qisha Amanda yg tembam lagi cute..

I still owe Heidi's her Birthday cake..sbb masa tu baru raya ke 3 jadi susah nak cari kek yg lawa kat Melaka...so we just bought 2 box of J Co's doughnuts for her..and belanja makan kat Restaurant of her choice...she choose The Chicken Rice Shop..

Heidi and her 'twin' kakak Syahira

breakfast + bday ..tq dear sisters...I love u all!!

Made this for hubby's bday Marble Cheese Brownies..my hubby suka cheese!!
Celebrate this withhout Kak Hannah yg dah balik asrama on that afternoon.

On that same night saya buat 2 Brownies yang sama ordered from my sisters kat office utk bday Cik Shikin pulak on 19th Sept...hmm meriah betul bulan September ni!! Dia orang x kisah kek apa... so di sebabkan dah penat memasak , melayan tetamu on Saturday dan seterusnya mengemas on Sunday..so  itulah saja hasilnya utk my hubby and Ekin...Brownies yg x susah nak di deco...

Happy Bday Cik Shikinnn!!

Rezeki di Bulan Ramadhan.

Salam...

Just to update gambar-gambar orders from bulan puasa hingga raya...sangat sibuk hingga hilang suara + demam!! ha ha ha culture shock 1st time ambil tempahan extra extra...

Lemon Cornflake & Biskut
Suji

Macam biasa laa influenced betul dgn blog Bisousatoi click here, biskut suji ni pun ikut resepi Rima..tapi x puas hati sbb flavor suji tak 'kaw' mungkin sebab guna 'tak famous' punya minyak sapi. The cookies was ordered by Ita utk makan makan di bulan puasa di kampung..he he TQ Ita!! Sebenarnya dia nak cornflake cookies je but since I have an extra bottle for the Biskut Suji..i offered kat dia....besides that she ordered Kek Apple Walnut..(ni resepi modified from Carrot Walnut)..
 mixed cupcakes , choc, vanilla, orange & strawberry flavour


This one was ordered by Abg Lan...for Raya..dia nak deco yg ada wordings ..buat this cake lepas siap kan Cupcake Zombies tu..dah pancit...ni aje simple deco yg mampu di buat...TQ Abg Lan...

Chocolate ni As and Ita yg order..and dah terlanjur buat tu buat laa jugak extra extra utk bawa balik kampung ..

Yg ni pun order from Ita and As...I really love korang sbb support my 'bisnes kecik'
Chocolate Marble, Suji and Tart Cik Lan yg buat sbb kita tak se 'terror' Cik Lan dalam part mengcookies ni...malas sikit ..rajin buat yg simple je macam Choc Chips and Cornflakes Cookies...drop drop cookies..senang je...

Birthday Cake ..

Salam, updating lagi activiti sepanjang bulan puasa lepas...

                        Devil's Food Chocolate Cake + Chocolate Ganache Topping
                          for my cousin sister Harnida Sukma(come kan nama dia..)
this cake kakak (Nida) order utk birthday hubby dia..
nak chocolate flavor and deco yg romantik sikit kata kakak..he he he

                             

Fuh..ganasnya nama cake!! Dah lama nak buat kek ni..eversince buat experiment dgn
Red Velvet dulu...sbb cara nya lebih kurang sama je .. cuma x guna red food coloring je
and for this cake kena tambah lebih koko lagi.. On the same day saya buat 2 version of this cake. Untuk makan makan I follow this recipe click here (TQ Kak Nor and Ayu S'pore) exactly tapi 2 adunan sebab nak kek yang tinggi dan besar sikit..and becoz benar benar teruja nak rasa kek yang org lain kata Sedap/ Marbeles and sedapppp giler ni..Pic below is the version I made for my family. But...macam biasalaa I cannot accept cream cheese with chocolate cake...same case macam Red Velvet dulu....rasa macam kurengggg je...

Then the second cake I made for my cousin..I have to menderhaka from the recipe...I followed the cake and chocolate ganache recipe but for the cream cheese I switched to
Chocolate Mousse....hmm I think I like this one better!! But sorry laa kalau ada sikit kecacatan ye kak ..ni 1st time I experiment dgn Chocolate Mousse!

Decoration for the cake is just a simple one because tengahari tu kami nak ke Sabak Bernam menghantar Cik Hannah balik asrama.. to Kakak (Nida) terima kasih banyak banyak..hope both of you will stay romantic forever... dan di kurnia kan cahayamata yang comel comel lagi cute...insyaallah...;-D

Monday, September 26, 2011

Plants Vs Zombies

Asalamualaikum...

Saya nak update gambar orders sepanjang bulan puasa..and will begin with this one ...yg saya betul betul excited nak update tapi tergendala....Made this for my HQ clique San San...aka Ms Sandra Hiu for her son's Jason birthday.. dia dah order one month before..x pernah buat figurine cuppies so I take this as a ' CHALLENGE'!!
She wanted the cake by 26th October..just imagine time tu tengah sibuk siap kan kuih raya kawan kawan yg lain...Kebetulan saya dah start cuti..so dapatlah...concentrate..

Comel tak my zombies???he he...yg baju merah tu macam `GELIMAT' je kata Zikry ..kalau tak tau cari kat YouTube.. mesti pecah perut klakar giler!!
Sandra order 30 cupcakes (mixed flavour) with buttercream topping..dia mmg sukaaa buttercream cake dari dulu lagi...hope my buttercream satisfy San San..
Nak buat cupcake tu senang, tapi topping tu... berpeluh jugaklaa nak siap kan esp the zombies. Nasib baik dah attend 'Figurine Cake Deco Class' dgn sifu Yasmin( Baking Project)..jadi tahulah serba sedikit teknik teknik nak buat shape itu dan ini dgn menggunakan fondant / sugar paste.
Thank you Sandra..so glad to hear that Jason like his birthday cuppies!!

Monday, September 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..

Asalamualaikum...I hope it's not too late to wish everyone Selamat Hari Raya..lama dah x update blog ...bukan nya malas ..but this time it's because my Laptop dah kena sapu!! Sedihnya x hilang lagi... 1st wk bulan Ramadhan ..some idiot pecah masuk my house and took away dgn happynya..our computer, handphone and my precious gold....

Part hilang barang2 tu mmg laa sedih..tapi paling sedih IS OUR PRIVACY di cerobohi!! My house , my room, my drawer , my private properties di usik ORANG LAIN!! Ishh betul betul sedih...

Lets talk pasal raya..this year..Syukur...tahun ni raya..lebih seronok dari tahun lepas..last year mak sakit..so  boleh consider kami macam x raya .Balik Kelana Jaya pun x de buat open house and not even pegi raya mana-mana pun!! Tahun ni kami x de thema warna...we dressed differently..yg girls pakai jubah and yg lelaki pakai kurta/ baju Melayu..

Jom layan gambar raya...banyak lagi nak upload...tapi tak de kesempatan...ni pun upload guna my niece punya netbook..isss kesian kita...
                                                  My Happy Family
                                                           Rie Rien
mak & mak itam
                                             beraya kat rumah Mak Itam
Breakfast lepas Sembahyang Raya
                                         Team Kak Ngah dari Jengka
my niece and hendsome cucu Azim
my cousins, nieces , nephews and cucu.ss

Will upload more photos...to be continue.....
Hari ni 1 Zulkaedah...habis raya dahhh..baru dapat update....

 me and Pak Udinde
Cik Kak Heidi

terompah raya Panglima Hitam

Acu, me & my 'beras' beraya kat rumah nenek

Ah Sow and family beraya kat Kelana Idaman.

Wednesday, August 10, 2011

Carrot Walnut Cake again..

Salam, Selamat Menjalankan ibadah puasa...bulan puasa ni murah rezeki..order
x putus putus..paling popular Lemon Cornflakes cookies tu dah banyak kali saya
buat sebelum bulan puasa lagi..ada yg order saja nak makan makan, nak bawa balik
kampung lah..anyway terima kasih kawan kawan....and jangan stop ordering tau
walaupun office kita dah nak pecah 2!! hmmm part ni sedih sedih sedih dah 5,6 tahun
dok satu bumbung nak kena split...;-(
   
I made this cake again for Vicky last Friday..this time for her hubby's birthday.Walaupun dah ada family members yg sponsor American Chocolate Cake for
the birthday party on Saturday, she still wants this Carrot Cake ..for family private celebration on Friday night..he he ..rezeki saya..alhamdullillah...
Prepared the cake on the nite before so x tido laa makcik...plus buat Lemon Cornflakes Cookies lagi utk geng lain...hmmm penat tapi...seronok..iyalaa sbb buat kerja yg kita
suka kan? kan? ha ha ha
Just a simple deco..sbb ni kek utk hubby dia x kan lah nak deco dgn setimbun bunga..lari pulak dari thema!! For this cake I used 750g cream cheese!! Fuh jenuh makcik nak mengayam tikar tu! Kat dalam pun ada filling cream cheese..hmm tambah
debablaa kalau makan banyak-banyak...he he he ...


Besides the big cake, Vicky order 6 smaller cakes for her relatives yg datang dari Bangalore/ Chennai utk majlis tu...Waa really big Party she threw haa..Iyalaa bday Hubby dia yg ke 50 mesti laa GRRRANND punya!! These are the same people
from Bangalore yg rasa kek saya dulu, so before they come here, mereka dah
order awal awal utk tapau!!
Carrot Walnut, Marble Cheese Brownies & Almond Butter Cake.

Baked all these cakes on Friday night ...again jadi burung hantu malam tu( he he burung hantu yg masak kek)..then on Saturday morning dah nak gi class deco kat Cheras pulak hmm so bila masa nak tido ye... Pelik betul kat Deco class tak de rasa letih pun ..tapi kalau gi office...fuhh macam zombie!! Asyik meguappppp aje...then petang tu after the class pegi deliver the cakes kat rumah Vicky..on the way back saya zzzzzzzzzzzzzzzzzzz
sammmpai Kelana Jaya!!! Thank you sister for the repeat orders!! Plus I have more cakes to make for her ..this time diorang nak lagi Almond Butter Cake tu pulak!! syukran syukrannn....

Fondant Deco Class @ Baking Project

Asalamualaikum..

Lamanya saya tak update cerita...bukannya dah stop berEksperiment in Baking.eisssh
mana boleh tu kan hobi saya...cuma malas melanda plus bulan puasa lagi...balik kerja
rasa nak berehattttt je...!!
 Lets story pasal gambar -gambar kat bawah tu.. minggu lepas saya attend Fondant Cake Deco (Figurine) di rumah tuan punya blog Baking Project ..Yasmin Sanusi.
Haa seronoknya bermain main dgn fondant..buat figurine Shaun the Sheep, swan, kucing tidur, lembu and human figurine. Jom layan gambar...

    This is my cake.. tak puas hati dgn my landscape,
lembu tu paling kelakar ..macam bab satu je..he he he , paling mencabar nak buat
tangan orang tu ..susah betul nak dapat the right shape..tangan ni masih keras lagi ..belum pandai /expert bermain fondant..terkial kial buat sampai sifu offer buat sebelah tangan lg...he he bila dah siap jadi macam  lelaki lah pulak!!

On that day ada 2 student lain..lets see their masterpiece jugak!
                              
                         This is Cecelia's cake ..bebetul kelakar dia jadi kan orang
                                      tu  botak..creative dia deco landscape !!
                        
                          this one cake deco done  by Taukeh Kek Lapis :Azhar
                          mat ni pun creative jugak!! one day nak try Azhar punya
                                                             product!!
To Yasmin, thank you so much, really enjoy your class, insyallah saya datang lagi ..

Saturday, July 9, 2011

Cerita Makan-makan..


Asalamualaikum,

It is Saturday again...yahooo...cuti...dok rumah ..masak masak...tido tido..makan makan..for breakfas Bubur
Nasi + Sambal Goreng Ikan Bilis yg kekal menjadi favourite saya dulu kini dan selamanya..he he..Lunch..buat rendang daging pulak...pastu terus continue buat cookies lg...macam yg buat last week tu..tapi kali ni ada Lemon so I used Lemon lah pulak..mmg saya sukaa sgt flav Lemon!! Makan rendang teringat pulak kat my niece yg tgh pregnant tu...hmm nanti laa Dijah ye before raya nanti kita makan sama sama ye kat Kelana Jaya!!
  Ok nak update story minggu lepas sebenarnya...biasalaa saya ni story selalu tak tip top...selalu lambat nak update...tapi tak basi lagilaa kot sbb masih fresh dalam ingatan...ha ha ha..We went to Sabak Bernam again
last week ambil report card Cik Hannah plus ambil dia balik sekali lah..This time kami tak singgah ke Pantai BNO..sbb kami dah bertolak seawal jam 7.30 pagi lagi..singgah di Kuala Selangor for breakfast...satu pagi Khamis yg damai ...tak macam KL/ PJ ..pagi pagi dah sibuk....makan sedap, jiwa pun aman..cuma Cik Heidi yg spoilkan keadaan!! Sibuk nak cari pancake Mc Donalds!! Kena laa cari...tapau Mc Donald Breakfast for her and si Amat then we look for kedai nasi lemak!
  Urusan kat SAMMPS settled by 12.30..lepas tu singgah pulak kat Sg Besar...survey baju raya... hmmmmmmmurrrah le!! Rambang mata tengok jubah, baju kurung cotton...tudung..terbeli laa jugak
sorang sepasang...
  Then for lunch..kami singgah makan di satu warong kecil tepi jalan kat Sekincan agaknya..makan mentarang bakar, mentarang goreng tepung ,nasi goreng mentarang...baru laa tahu..sedap mentarang tu..lg sedap dari kerang!! Peramah betul tuan punya warong tu! layan kami macam tetamu rumah mereka pulak,
sempat promote tepung segera utk goreng mentarang tu yg mereka adun sendiri..mmg sedap dan rangup.
Insyaalah kalau dapat kelulusan produk mereka tu akan di pasar kan tak lama lg..hmm berwawasan kan....Kalau ke sana..singgah laa kat warung mereka berbaloi...sedap masakan mereka!! alaa alamat tak record pulak...tapi for sure I remember warong tu sebelum Kg SG Leman, sebelum gerai yg jual Dodol RM 5 tu..haaa dodol tu punn dah beli jugak...sedapppp macam buat kat Kandang!! rugi beli 2 paket je..
Trip ke Sabak Bernam minggu lepas mmg seronok sbb ..x payah nak rush balik cepat2 sbb takut jammm kat Tanjong Karang...maklumlaa hari Khamis..kalau wkend...teruk jammm..jom layan gambar pulak..dah penat menaip ni...


ni..mentarang bakar 
  mentarang goreng tepung RM 5 sepinggan.
.nasib baik sempat ambil gambar ..kejap je licinnnn
nasi goreng mentarang RM 4.50 sepinggan..

fuh cukuplaa story mory pasal makan makan ni...nak rest kejap...but before that
nak tayang jugak cookies yg buat tadi...

Wokay...till my next post...Asalamualaikum..and hv a nice wkend...
kena dok rumah jee..sbb jalan semua jamm sbb `BERSIH'












Sunday, July 3, 2011

Lemon Crispy Cornflakes


Salam,

I made this cookies utk Cik Hannah bawa balik ke asrama, again I followed Rima's( Bisous A Toi) recipe, mmg x mengecewakan, sedap, rangup berderap derap...masak 1 tray habis 1 tray..x sempat nak masuk botol!! I have to modified sikit from Rima's recipe(click here for the original version) sbb x de stock lemon kat rumah..I used orange instead...still sedap..Confirmed!! Nak Raya nanti saya buat lg!! ha ha ha puasa pun belum dah citer pasal raya!! And kalau ada yg berminat informlah ye! ;-) A very simple cookies to make, dear Rima saya copy yr recipe here again for my reference ya...

Ingredients:

275g Cornflake- roughly mashed
200g butter
50 g shortening ( I skip this one coz I used 250g butter)
100g granulated sugar
150g flour
1 tbsp full cream milk powder
2 egg yolks
1tsp emplex (optional)- I skip this one
1 tsp lemon juice- I used orange juice
1 tsp baking powder
1 tbsp grated lemon peel – I used orange peel

Method:

1. Place Corn Flakes in a bowl , set aside
2. Beat butter,shortening and sugar until smooth, add eggs, beat again
    for a while, add the emplex and baking powder, whisk for one minute.
3. Pour lemon juice and grated lemon zest, mix well.
4. Add in the flour,stir well, place batter in a piping bag, snip tip with scissors
     ½ cm , pipe batter on to cornflakes, roll, lift and place in a greased baking
     pan.
5. Bake in oven at 150 C for 30 minutes…or less ..depend on yr individual oven..

Cupcake Hantaran lagi..

Asalamualaikum..dan selamat berhari minggu...

Seronoknya dok rumah..walaupun sibuk dan rumah bersepah! No rush..nak gi keja, balik keja, penat masak..lepak tengok TV, tido.., update blog...bestnya..kalau esok cuti lagi kan best!! Hari ni buat breakfast
favourite: Lontong + Sambal Goreng..ikut flavour sendiri..lebih kan bahan-bahan favourite..tempe, tahu kering, suun, sengkuang..hmmm lepas tu tambah sambal goreng banyak banyak..boleh settle 2 pinggan!!

Hari Jumaat lepas saya buat Moist Chocolate Cake..cupcake sebenarnya..order dari member office Cik Puan Mariani yg still solid molid walaupun dah ada anak 2...hmmm jeles sebenarnya kat Ani tu.. he he jgn marah ye Ani...saje nak tambah spice kat cerita ni..

Cake : Moist Chocolate Cake
Top: Chocolate Ganache + Buttercream
Size : M
Fondant Deco

Hope Ani and her sister happy with the deco and taste..kalau ada yg kena ..sila bagi feedback ye Nie..sbb kita ni masih baru dalam dunia mendeco kek ni..bunga tu.he he he...tangan kita ni masih keras nak membentuk bunga bunga tu..tu laaa kena practice baaanyak baaaanyak lg!! To Ani and her sister TQ so much for the order..;-)


Friday, July 1, 2011

Fariq's Engagement

Salam..

This is the cake yg saya deco minggu lepas for my nephew yg hensem lagi montel , isinya Rich Fruit Cake my sister yg buat sendiri so I just help to deco aje. Asalnya on top of the cake saya
nak letak Fondant Bow, tapi malangnya Bow tu patah bila di letakkan atas cake tu..sbb belum cukup kering lg..So terpaksalah di gantikan dgn Daisy...lots of Daisy's..yg dibuat dgn tergesa-gesa..pada hari Sabtu lepas.

..and this one cupcakes pun utk hantaran majlis yg sama ( Fariq's Engagement) ..sebenarnya di dalam tu bukan cupcake tapi muffin...saje tukar selera..he he ..Sebenarnya saya kering idea nak deco cupcake ni ..iyelaa penat balik dari kerja, terus buat muffin ni dulu ..dah terlampau penat idea pun x de...google sana sini...then on Saturday morning baru laa dapat idea..simple aje kan... and as usual.. the writting... ha ha ha sorry laa En Fariq ..megeletar sikit!! Paling happy Cik Heidi...dia pun sibuk deco cupcake dia sendiri..macam main Playdoh pulak!!

 Yg ni.....saje aje nak tayang bunga cantik...part of the hantaran dari pihak perempuan..balik rumah saya pun dgn rajinnya menyusun semula bunga bunga tu ...
Finally to Fariq ku sayang ...SELAMAT BERTUNANG...and pls watch yr diet nanti x muat baju pengantin!!!

hampir terlupa nak attached masterpiece ni...