Love of My Life

Love of My Life
My Princesses and Princes

Wednesday, September 28, 2011

Kek Lapis Chocolate Papermint Andes

Salam,

2 hari lepas saya ber-eksperiment lagi dengan Kek Lapis..teruja tengok blog brother Rozzanclick here banyak kek lapis...tapi yg ni catch my eye sbb ada chocolate Andes + papermint flavor. Saya mmg suka papermint flavor!! My friends kata flavor ubat gigi! ha ha..


Kalau refer kat original recipe from Abg Rozzan seram tgk ingredients dia ,gula , kaya, horlicks, susu pekat manis 1 tin, Chocolate Andes 2 kotak...fuiii manisnya...so macam biasalaa kita modified sikitttt je utk kurang kan manis...

Resepi kat bawah ni cut and paste from Blog Rozzan (link kat atas) Green font tu saya punya version lah..pandai pandai je tukar ..jangan marah ye abg Rozzan!!;-)

Bahan-Bahan
450 gm mentega I used Anchor Unsalted
1 sudu teh ovalette (optional), I used
180 gm gula halus I used 150gm
10 biji telur (saiz besar)
120 gm serikaya/sekaya
1 tin susu pekat manis I put ½ tin sahaja
120 gm Horlicks
240 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar esen peppermint
secukup pewarna hijau  
2 sudu besar chocolate paste/emulco I used 2tbs Hersheys Cocoa Powder mix with 2 tbs warm water
2 bungkus Chocolate ANDES perisa peppermint

Cara
Pukul mentega, ovalette dan gula dgn high speed sehingga kembang (7 – 8 minit)
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (4-5 minit)
Perlahankan speed mixer dan masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata.
Perlahankan terus speed mixer ke tahap paling rendah dan masukkan tepung HK. Pukul sebentar setakat adunan dah rata. (1-2 minit)

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 

1 bahagian diwarnakan hijau dan dibubuh esen peppermint.
1 bahagian lagi di bahagikan kpd 2 - satu plain dan satu cokelat (dibubuh chocolate paste).

Cara membakar :

Bakarlah 4-5 lapisan pertama berselang-seli di antara adunan plain dan cokelat.
Kemudian, bakarlah lapisan hijau sehingga selesai dgn dibubuh choc ANDES di antara lapisan2 tersebut.


Tak pandai sgt nak melapis...ini lah rupanya...nak guna banyak banyak coloring pun takut..pucat lah jadinya..but I like this cake walaupun rasanya stilllll manisSS!!

No comments:

Post a Comment